Sunday, 31 December 2017

Tindakan Penjualan Air Zam Zam

Tindakan terhadap penjualan air zam zam di seluruh negara - KKM
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap penjualan air zam zam berikutan larangan yang dikeluarkan Kedutaan Arab Saudi untuk menjual air tersebut di mana-mana kedai di seluruh Malaysia.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata mereka yang disabitkan kesalahan menjual air zam zam boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
“Sejak 2012 sehingga Oktober ini, sejumlah air zam zam bernilai RM58,191.80 telah dirampas melalui hasil penguatkuasaan yang telah dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, perkara ini telah dipersetujui oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memandangkan penguatkuasaan adalah di bawah bidang kuasa KKM.
Katanya pihaknya melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan sedang mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap penjualan air zam zam berdasarkan Seksyen 4 (1) (f) Akta Makanan 1983.
Dr Noor Hisham berkata air zam zam diperoleh dari bawah tanah dan dikategorikan sebagai air mineral semula jadi seperti termaktub di bawah Peraturan 360A, Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
“Pengimportannya memerlukan lesen punca air serta kelulusan dan pengesahan daripada pihak berkuasa geologi dan hidrologi dari negara pengeksport,” jelas beliau.
Katanya, kerajaan Arab Saudi hanya membenarkan pengedaran air zam zam secara percuma kepada jemaah haji dan umrah serta pelawat untuk kegunaan persendirian dalam kuantiti yang terhad selepas berlepas dari Arab Saudi.
“Kementerian sedang meningkatkan tindakan penguatkuasaan ke atas penjualan air zam zam memandangkan ia tidak dibenarkan di Malaysia,” katanya.
Kepada pengguna yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai isu keselamatan, Dr Noor Hisham berkata mereka boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau www.facebook.com/bkkmhq.
- Bernama

Saturday, 30 December 2017

22 FAKTA MASJIDIL HARAM


22 FAKTA YANG TERDAPAT DI MASJIDIL HARAM YANG RAMAI TIDAK TAHU:


1. Mempunyai 10 orang imam yang bertugas.

2. Memiliki 19 orang muazin (bilal)

3. Jumlah pekerja melebihi 3050 orang semuanya.

4. Jumlah pintu adalah sekitar 200 buah.

5. Masjidilharam dibersihkan 5 kali setiap hari.

6. Menjadualkan 4 kali syif kerja setiap kali pembersihan bagi memastikan masjid betul-betul bersih.

7. Menugaskan lebih 100 orang penyelia dari lelaki dan perempuan.

8. Mempunyai lebih 40 buah kenderaan untuk penyelia bertugas.

9. Ruang tawaf akan dibersihkan selama 30 minit, sebanyak 5 kali dalam sehari.

10. Saiz Masjidil Haram adalah seluas 1.8 juta meter persegi.

11. Kaabah akan dibasuh setahun sekali iaitu pada bulan Muharram.

12. Kaabah akan dibersihkan menggunakan air zamzam, pewangi mawar dan wangian oud (gaharu).

13. Berat kiswah (kelambu Kaabah) adalah sekitar 670 kilogram.

14. Mempunyai 30,000 buah karpet.

15. Karpet yang diguna akan melalui beberapa proses terlebih dahulu iaitu vakum, basuh, pengeringan, dijemur bawah panas matahari dan dijahit jika ada yang koyak.

16. Pada hari biasa, lebih 25 tan sampah berjaya dikumpul. Antaranya adalah lebih 2000 bahan besi dan plastik dijumpai.

17. Lebih 2 juta beg plastik untuk letak kasut digunakan oleh jemaah pada musim padat seperti bulan Ramadan.

18. 2000 liter air mawar digunakan untuk membasuh karpet dan laluan pejalan kaki pada setiap bulan.

19. Kedalaman telaga zamzam adalah 30 meter (Sekarang dalam penambahbaikan sehingga Ramadan 1439H)

20. Mempunyai 7030 buah tong air zamzam.

21. Menyimpan 4936 buah manuskrip.

22. Menyediakan sebanyak 193,683 buah buku di perpustakaannya.

Thursday, 28 December 2017

Fakta-fakta Menarik Dalam Islam

Image result for islam

Hari ini, saya nak kongsikan tentang 20 fakta menarik yang ada dalam Islam. Mungkin ada antara korang yang tahu dan mungkin ada yang masih tak tahu. Mungkin anda boleh baca dan fahamkan.
1. Nama “Muhammad” adalah nama yang paling banyak digunakan di seluruh dunia, juga tempat pertama di Britain menewaskan nama Jack dan Harry. Sumber
2. Albania merupakan negara satu-satunya Islam di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam
3. Kata-kata berikut ini diambil dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan ‘Alcohol’ juga berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl. Sumber
4. Beberapa ayat di dalam Al-Qur’an menggambarkan pentingnya persamaan hak antara lelaki dan wanita ( secara perkiraan matematik ). Kata “lelaki” dan “Wanita” di dalam Al-Qur’an sama-sama berjumlah 24
5. Tidak ada apa-apa di dalam Kaabah.
6. Islam merupakan agama yang pertumbuhannya paling cepat di dunia menurut banyak sumber. Pemeluk Islam bertambah 2.9% setahun. Pertumbuhan ini lebih cepat berbanding pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri yang hanya 2.3% setahun.
7. Umat Hindu percaya bahawa di dalam Kaabah ada salah satu dari Tuhan mereka yang bernama “Shiva Lingam”
8. Jikalau sekarang Al-Quran dihancurkan kesemuanya, maka versi arab dari Al-Quran akan segera di-recover oleh jutaan muslim, yang disebut Hafiz yang telah menghafalkan kata-kata di dalam Al-Quran dari mulai awal sampai dengan akhir ayat. Al Quran adalah satu-satunya kitab suci yang dihafal jutaan manusia sehingga keaslian/kesuciannya sentiasa terjaga.
9. Berdasarkan data dari Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Dari 1.4 juta askar Amerika, lebih kurang 3,700 daripadanya yang beragama Islam.
10. Seramai 8 juta orang Muslim yang kini ada di AS dan 20,000 orang AS masuk Islam setiap tahun selepas peristiwa 9/11.
11. Jasad Nabi Muhammad pernah dicuba dicuri 2 kali, namun kedua-duanya gagal.
12. Jasad Firaun (Ramses II) yang tenggelam di laut merah, baru ditemui oleh arkeologi Giovanni Battista Belzoni tahun 1817. Setelah 3000 tahun berada di bawah tanah dan pasir. Aku yakin, ramai yang tak tahu nama sebenar firaun. Betul tak?
13. Solat yang pertama dilakukan oleh Rasulallah SAW menghadap Masjidil Haram adalah solat Asar bersama para sahabat,sebelumnya berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis selama enam belas bulan.
14. Nabi Muhammad SAW tidak pandai membaca dan menulis, namun ingatannya sangat kuat dan sangat bijak.
15. Kata-kata terakhir Nabi Muhammad SAW sebelum wafat adalah “Ummatii … ummatii … ummatii” yang menunjukkan betapa besar cintanya kepada umatnya.
16. Rasulullah SAW telah mengetuai 23 kali perang, hanya sekali sahaja kalah iaitu Perang Uhud.
17. Musa A.S adalah nama yang paling banyak disebut dalam Al-Quran, manakala Maryam adalah satu-satunya nama perempuan yang disebut dalam Al-Quran.
18. Semua anak lelaki Nabi Muhammad, iaitu Al-Qasim,Abdullah dan Ibrahim, meninggal kurang lebih pada usia 2 tahun. Ramai ulama mengatakan Allah sengaja memanggil mereka lebih awal agar kaum muslimin tidak mengangkat mereka menjadi rasul yang baru.
19. Al Khawarizmi (matematik), Jabir Ibn Hayyan (kimia), Ibnu Khaldun (sosiologi dan sejarah), Ibnu Sina (kedoktoran), Ar Razi (kedoktoran), Al Biruni (fizik), Ibnu Batutah (antropologi) adalah contoh dari ratusan cendikiawan muslim yang menjadi rujukan dalam ilmu pengetahuan moden. Aku pasti, ramai yang tak tahu fakta nih..
20. Makam Ibrahim bukanlah kubur Nabi Ibrahim A.S sebagaimana dugaan atau pendapat sebahagian orang. Makam Ibrahim adalah batu bekas tapak kaki baginda semasa Nabi Ibrahim membangun Kaabah.
sumber: hafizamri

Wednesday, 27 December 2017

Fakta-fakta menarik tentang Mekah
Sesiapa yang telah ke Mekah pastinya ingin kembali ke sana lagi. Ada kalanya rasa kerinduan itu seolah sukar dibendung dan hati meronta-ronta untuk kembali menjadi tetamu di rumah Allah ini.
Kami bawakan 12 fakta menarik tentang Mekah (khususnya sekitar Kaabah dan Masjidil Haram) yang jarang kita tahu.
1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti yang sangat stabil.
2. Oleh kerana tekanan graviti sangat tinggi, di situlah berpusatnya suara – suara yang tidak dapat di dengar oleh telinga.
3. Tekanan graviti yang tinggi memberikan kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan dari segala macam penyakit.
4. Doa akan mudah terkabul kerana situlah tempat gema atau ruang dan masa serentak.
5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dirasakan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalam kembali tinggi atau penuh semangat untuk melakukan ibadah, tidak ada sifat putus asa, dan ingin terus hidup untuk menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah.
6. Teknologi satelit dan gelombang radio pun tidak dapat menangkap apa yang ada di dalam Kaabah. Kekerapan radio bahkan tidak mungkin mendengar apa – apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.
7. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya sehingga mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Itulah sebabnya jika bersembahyang di masjidil haram yang walaupun terbuka tanpa bumbung tetap terasa sejuk.
8. Tidur dengan kedudukan menghadap Kabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah merah.
9. Pergerakan mengelilingi Kaabah mengikut arah lawan jam membuat peredaran darah didalam tubuh meningkat. Kerana itulah kita jadi bertenaga dan rata – rata orang yang berada di Mekah sentiasa sihat dan panjang umur.
10. Angka 7 itu membawa maksud kepada bilangan tidak terhingga atau terlalu banyak. Dengan melakukan 7 kali pusingan sebenarnya kita melakukan ibadah yang tidak terhingga jumlahnya.
11. Larangan memakai topi, songkok, atau menutup kepala karana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik selama berada di ka’bah
12. Setelah selesai semua barulah bercukur. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada larangan – larangan didalam ihram. Namun rahsia sebenarnya adalah untuk membersihkan “antena” kita dari segala kotoran. Agar hanya gelombang yang baik saja yg diterima oleh tubuh.
Kerana itulah selepas kita melakukan ibadah haji, kita seperti dilahirkan kembali, sebab segala yang buruk telah dibuang keluar dan di gantikan dengan nur atau cahaya yang baru.
Sumber: Islam Agamaku

Tuesday, 26 December 2017


TEMPAT MENARIK DI SABAH


Apakah tempat menarik di Sabah yang anda tahu?

Sabah memang sudah terkenal diseluruh dunia dan baru-baru ini ia telah mendapat anugerah untuk Kota Kinabalu iaitu diantara 3 tempat paling popular asia pasifik untuk pelancongan.

Sabah sangat menarik dari segi pelancongan kerana menawarkan percutian 3 dalam 1.

Iaitu, anda boleh bercuti untuk menikmati pemandangan semulajadi dengan elemen pergunungan, pantai dan pulau serta budaya masyarakat yang berbilang bangsa.







Taman Kinabalu

Taman Kinabalu merupakan pi tu masuk ke Gunung Kinabalu dan tempat menarik di Sabah yang paling popular. Ia terletak 1,585 meter di atas paras laut dan menjadi tapak permulaan bagi pendakian ke puncak Gunung Kinabalu.

Ia meliputi kawaan seluas 754 km persegi dan merangkumi Gunung Kinabalu, Gunung Tambayakon dan kaki bukit.

Gunung-gunung ini memiliki sejarah geografi yang menarik dengan mengambil masa beribu-ribu tahun untuk terbentuk. Gunung Kinabalu yang tersegam indah sebenarnya adalah massif granit yang kemudiannya tembus dari kerak ker permukaan bumi.

Massif ini muncu ekoran daripada hakisan dan batu lumpur setebal beberapa kaki. Semasa Zaman Ais,glaiser yang menuruni puncak membentuk kawasan tersebut tetapi puncak berceranggah yang timbul dari permukaan ais tidak berubah. Gunung berceranggah ini menjadi ini menjadi mercu tanda Taman Negara pada hari ini.



Pusat Orang Utan Sepilok

Pusat pemulihan ini merupakan tempat menarik di Sabah bagi meihat sendiri dengan lebih dekat aktiviti Orng Utan dan ianya cukup besar. Kita jugam boleh melihat orang utan diberi makan dari satu platform di pusat ini dan kemudian mereka kembali semula berkeliaran bebar di daam hutan di mana mereka boleh menjaga diri sendiri.

Selain orang utan, terdapat lebih 200 spesis burung dan pelbagai jenis tumbuhan liar yang boleh dijumpai di dalam hutan smpan seluas 5.666 hektar.



Taman Marin Tunku Abdul Rahman




Terletak kira-kira 10 ke 20 minit perjalanan menaiki bot laju dari ibu negeri Sabah, Kota Kinabalu, Taman Marin Tunku Adul Rahman terdiri daripada lima buah pulau yang indah yang berkeluasan melebihi 4929 hektar, dua pertiga dripadanya adalah laut.

Tempat menarik di Sabah bagi percutian pulau adalah di Taman Marin, Tunku Abdul Rahman kerana ia cantik dan dekat untuk dikunjungi.Pulau-pulau terdiri daripada- Pulau Manukan, Pulau Mmautik, Pulau Sulug, Pulau Gaya dan Pulau Sapi mempunyai pantai berpasir putih yang penuh dengan ikan dan terubu karang, sesuai untuk penyelam baru serta mereka yang berkelah.

Untuk mereka yang sukakan aktivit lasak di atas tanah, Pulau Gaya dan Pulau Sapi juga mempunyai denai kembara merentasi hutan dara mereka. Rumah bagi pelbagai jenis flora dan fauna eksotik, anda pasti dapat melihat spesis yang jarang ditemui seperti Megapode atau Burung Tambun, burung yang kelihatan seperti ayam dengan kaki besar, berbunyi seperti kucing.

Sunday, 24 December 2017

Kepentingan Baitulmaqdis

  Kenapa Baitulmaqdis penting bagi umat Islam?

Kenapa Baitulmaqdis penting bagi umat Islam?
      Baitulmaqdis merupakan tempat suci ketiga bagi umat Islam seluruh          dunia selepas Mekah dan Madinah. - REUTERS / Fail
KUALA LUMPUR: Susulan pengumuman Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel 7 Disember lalu, peristiwa ini telah membangkitkan kemarahan masyarakat dunia.

Bagaimanapun, hari ini, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan keputusan AS berhubung Baitulmaqdis itu sebagai tidak sah dan terbatal.

Namun Israel enggan menerima resolusi PBB yang mengisytiharkan pengiktirafan AS bahawa Baitulmaqdis adalah ibu negara tersebut sebagai terbatal dan tidak sah.

   Tahukah anda fakta di sebalik Baitulmaqdis yang menjadikan ia penting bagi umat Islam?

   Fakta mengenai Baitulmaqdis:

   1. Tempat berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj

        Berlaku pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian Nabi Muhammad SAW, bersamaan 622 Masihi, ketika          baginda berumur 52 tahun, setahun sebelum peristiwa Hijrah dari Mekah ke Madinah.
        Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis di                      Palestine kini, sebelum diangkat dari bumi ke langit ke-7.

    2. Tempat ibadat umat Islam yang ketiga selepas Mekah dan Madinah

        Arah kiblat umat Islam ketika itu ialah Baitulmaqdis. Arah kiblat kemudian ditukar ke Kaabah di Mekah                    selepas peristiwa Israk dan Mikraj sewaktu Nabi Muhammad SAW tinggal di Madinah.

    3. Lokasi terletaknya Masjid Al-Aqsa

        Membawa maksud 'Masjid Terjauh', Masjid Al-Aqsa merupakan salah satu tempat suci agama Islam yang                  menjadi sebahagian daripada kompleks bangunan keagamaan di Kota Lama Baitulmaqdis.

        Kompleks bangunan tersebut (bersama dengan bangunan Kubah Batu) dikenali oleh umat Islam sebagai Al                Haram Al Sharif atau "tanah suci yang mulia" dan oleh orang Yahudi dan Kristian sebagai Kuil Suci.

    4. Tercetusnya Perang Salib Pertama

         Pada tahun 1099 Masihi, tentera salib telah berjaya menakluk Baitulmaqdis, termasuk Masjid Al-Aqsa, ketika           berlakunya Perang Salib Pertama dan menggunakannya sebagai istana kerajaan dan kandang kuda.

         Bagaimanapun, fungsi Masjid itu dapat dikembalikan setelah pasukan Islam dipimpin Salahuddin Al-Ayyubi             berjaya merebut kembali Baitulmaqdis melalui pengepungan pada tahun 1187 Masihi.

    5. Perubahan yang dilalui

        Di bawah pentadbiran Khalifah Uthmaniyah yang memegang kuasa mulai 1517 Masihi, tidak banyak                        perubahan besar dilakukan ke atas Masjid Al-Aqsa, namun mereka melakukan penambahbaikan pada kawasan          Al-Haram Al-Sharif secara keseluruhan.

        Tiga buah kubah telah dibangunkan, termasuk kubah yang paling terkenal iaitu Kubah Nabi, yang dibina pada          1538 Masihi.

        Pada tanggal 21 Ogos, 1969, terjadi kebakaran di dalam Masjid Al-Aqsa oleh puak ekstremis Yahudi yang                didokong kuat oleh Kristian Zionis.

        Kebakaran ini juga menyebabkan sebahagian bangunan Masjid musnah dan mimbar kuno Salahuddin Al-                  Ayyubi yang berusia lebih 800 tahun hancur.

Keindahan Bumi Mekah dan Madinah Mekah merupakan lokasi yang tidak pernah lengang kerana menjadi tumpuan Umat Islam di seluruh du...