Saturday, 30 December 2017

22 FAKTA MASJIDIL HARAM


22 FAKTA YANG TERDAPAT DI MASJIDIL HARAM YANG RAMAI TIDAK TAHU:


1. Mempunyai 10 orang imam yang bertugas.

2. Memiliki 19 orang muazin (bilal)

3. Jumlah pekerja melebihi 3050 orang semuanya.

4. Jumlah pintu adalah sekitar 200 buah.

5. Masjidilharam dibersihkan 5 kali setiap hari.

6. Menjadualkan 4 kali syif kerja setiap kali pembersihan bagi memastikan masjid betul-betul bersih.

7. Menugaskan lebih 100 orang penyelia dari lelaki dan perempuan.

8. Mempunyai lebih 40 buah kenderaan untuk penyelia bertugas.

9. Ruang tawaf akan dibersihkan selama 30 minit, sebanyak 5 kali dalam sehari.

10. Saiz Masjidil Haram adalah seluas 1.8 juta meter persegi.

11. Kaabah akan dibasuh setahun sekali iaitu pada bulan Muharram.

12. Kaabah akan dibersihkan menggunakan air zamzam, pewangi mawar dan wangian oud (gaharu).

13. Berat kiswah (kelambu Kaabah) adalah sekitar 670 kilogram.

14. Mempunyai 30,000 buah karpet.

15. Karpet yang diguna akan melalui beberapa proses terlebih dahulu iaitu vakum, basuh, pengeringan, dijemur bawah panas matahari dan dijahit jika ada yang koyak.

16. Pada hari biasa, lebih 25 tan sampah berjaya dikumpul. Antaranya adalah lebih 2000 bahan besi dan plastik dijumpai.

17. Lebih 2 juta beg plastik untuk letak kasut digunakan oleh jemaah pada musim padat seperti bulan Ramadan.

18. 2000 liter air mawar digunakan untuk membasuh karpet dan laluan pejalan kaki pada setiap bulan.

19. Kedalaman telaga zamzam adalah 30 meter (Sekarang dalam penambahbaikan sehingga Ramadan 1439H)

20. Mempunyai 7030 buah tong air zamzam.

21. Menyimpan 4936 buah manuskrip.

22. Menyediakan sebanyak 193,683 buah buku di perpustakaannya.

No comments:

Post a Comment

Keindahan Bumi Mekah dan Madinah Mekah merupakan lokasi yang tidak pernah lengang kerana menjadi tumpuan Umat Islam di seluruh du...