Sunday, 29 October 2017
Sejarah Mekah
Makkah Al-Mukarramah merupakan bandar yang paling lama dan penuh bersejarah. Bumi Makkah telah dipilih oleh Allah S.W.T sebagai bumi pertama yang dijadikanNya dan menjadi tapak rumahNya yang mulia. Bumi bertuah ini juga merupakan tempat Nabi Ibrahim AS meninggalkan anak dan isterinya kerana perintah Allah, tempat terbitnya air yang paling berkat atas muka bumi dan merupakan tempat kelahiran Rasulullah S.A.W sebagai Rasul yang terakhir.
*Masyarakat Mekah sebelum kedatangan sebelum kedatangan Islam:
Makaroba merupakan nama asal bagi Kota Mekah yang kemudiannya diubah kepada Bakah dan akhirnya kepada Mekah. Puak Amaliqah merupakan puak terawal yang mendiami Mekah. Selepas puak Amaliqah kalah dalam perang dan diusir. puak Jurhum pula mendiami Mekah. Nabi Ibrahim AS dan anaknya Nabi Ismail telah diperintahkan oleh Allah untuk mendirikan Kaabah di Kota Mekah. Peristiwa ini berlaku semasa puak Jurhum menguasai Kota Mekah. Tidak lama kemudian, Bani Khuza'ah telah berjaya menguasai pemerintahan Kota Mekah selama tiga kurun sehingga ia diperintah oleh kaum Quraisy dibawah pimpinan Qusay bin Qilab. Di bawah pemerintahan kaum Quraisy, Kota Mekah menjadi pusat ibadat dan pusat perdagangan. Ramai pengunjung datang untuk beribadat dan mengerjakan haji di Kaabah. Pada waktu tersebut, Mekah merupakan pusat perdagangan dan pusat kebudayaan yang penting di Semenanjung Tanah Arab.
*Kaum Quraisy
Kaum Quraisy berasal daripada keturunan Arab Adnaniyyah dan merupakan kelompok terbesar di Mekah. Perkataan Quraisy berasal dari perkataan 'taqarrasha' yang bermaksud penyatuan. Perkataan ini lahir hasil daripada kejayaan Qusay bin Qilab menyatukan kaum Quraisy di Mekah. Puak-puak Quraisy yang tekenal di Mekah berasal daripada Bani Hasyim, Bani Umaiyah, Bani Yazqah, Bani 'Adi dan Bani Taym. Tokoh-tokoh yang terkenal dari puak-puak Quraisy ialah: Rasulullah S.A.W daripada keturunan Bani Hasyim, Muawiyah bin Abu Sufian daripada keturunan Bani Umaiyah, Khalid Al-Walid daripada Bani Makhzum, Abu Bakar As-Siddiq daripada Bani Taym dan Umar Al-Khattab daripada keturunan Bani 'Adi. Kaum Quraisy yang tinggal di pinggir Kota Mekah dikenali sebagai Quraisy Al-Zawahir. Mereka terkenal sebagai tentera yang gagah yang bertugas mengawal kota Mekah dari serangan musuh. Kaum Quraisy Al-Bitah pula menetap di bahagian tengah kota Mekah. Mereka melibatkan diri dalm bidang pentadbiran, ekomoni dan politik. Perebutan kuasa yang berlaku antara anak Qusay bin Qilab telah menyebabkan kaum Quraisy berpecah kepada dua pihak yang sering bertelagah. 2 puak ini kemudian berpecah kepada puak-puak kecil.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Keindahan Bumi Mekah dan Madinah Mekah merupakan lokasi yang tidak pernah lengang kerana menjadi tumpuan Umat Islam di seluruh du...

-
Telaga-Telaga Bersejarah Di Madinah 1- Telaga As-Suqya Telaga ini terletak di tanah kepunyaan Saad bin Abi Waqqas mempunyai air...
-
GEOGRAFI MADINAH Madinah terletak di tengah-tengah oasis (lembah) yang subur. Ia dikelilingi oleh: Bahagian barat - Harrah al-Gharbiyya...
-
Masjid-Masjid Bersejarah Di Madinah 1. Masjid Quba Hari Isnin, 8 Rabiul Awwal 622M Rasulullah SAW tiba di perkampungan Quba da...
No comments:
Post a Comment