TEMPAT MENARIK DI SABAH
Apakah tempat menarik di Sabah yang anda tahu?
Sabah memang sudah terkenal diseluruh dunia dan baru-baru ini ia telah mendapat anugerah untuk Kota Kinabalu iaitu diantara 3 tempat paling popular asia pasifik untuk pelancongan.
Sabah sangat menarik dari segi pelancongan kerana menawarkan percutian 3 dalam 1.
Iaitu, anda boleh bercuti untuk menikmati pemandangan semulajadi dengan elemen pergunungan, pantai dan pulau serta budaya masyarakat yang berbilang bangsa.
Taman Kinabalu
Taman Kinabalu merupakan pi tu masuk ke Gunung Kinabalu dan tempat menarik di Sabah yang paling popular. Ia terletak 1,585 meter di atas paras laut dan menjadi tapak permulaan bagi pendakian ke puncak Gunung Kinabalu.
Ia meliputi kawaan seluas 754 km persegi dan merangkumi Gunung Kinabalu, Gunung Tambayakon dan kaki bukit.
Gunung-gunung ini memiliki sejarah geografi yang menarik dengan mengambil masa beribu-ribu tahun untuk terbentuk. Gunung Kinabalu yang tersegam indah sebenarnya adalah massif granit yang kemudiannya tembus dari kerak ker permukaan bumi.
Massif ini muncu ekoran daripada hakisan dan batu lumpur setebal beberapa kaki. Semasa Zaman Ais,glaiser yang menuruni puncak membentuk kawasan tersebut tetapi puncak berceranggah yang timbul dari permukaan ais tidak berubah. Gunung berceranggah ini menjadi ini menjadi mercu tanda Taman Negara pada hari ini.
Pusat Orang Utan Sepilok
Pusat pemulihan ini merupakan tempat menarik di Sabah bagi meihat sendiri dengan lebih dekat aktiviti Orng Utan dan ianya cukup besar. Kita jugam boleh melihat orang utan diberi makan dari satu platform di pusat ini dan kemudian mereka kembali semula berkeliaran bebar di daam hutan di mana mereka boleh menjaga diri sendiri.
Selain orang utan, terdapat lebih 200 spesis burung dan pelbagai jenis tumbuhan liar yang boleh dijumpai di dalam hutan smpan seluas 5.666 hektar.
Taman Marin Tunku Abdul Rahman
Terletak kira-kira 10 ke 20 minit perjalanan menaiki bot laju dari ibu negeri Sabah, Kota Kinabalu, Taman Marin Tunku Adul Rahman terdiri daripada lima buah pulau yang indah yang berkeluasan melebihi 4929 hektar, dua pertiga dripadanya adalah laut.
Tempat menarik di Sabah bagi percutian pulau adalah di Taman Marin, Tunku Abdul Rahman kerana ia cantik dan dekat untuk dikunjungi.Pulau-pulau terdiri daripada- Pulau Manukan, Pulau Mmautik, Pulau Sulug, Pulau Gaya dan Pulau Sapi mempunyai pantai berpasir putih yang penuh dengan ikan dan terubu karang, sesuai untuk penyelam baru serta mereka yang berkelah.
Untuk mereka yang sukakan aktivit lasak di atas tanah, Pulau Gaya dan Pulau Sapi juga mempunyai denai kembara merentasi hutan dara mereka. Rumah bagi pelbagai jenis flora dan fauna eksotik, anda pasti dapat melihat spesis yang jarang ditemui seperti Megapode atau Burung Tambun, burung yang kelihatan seperti ayam dengan kaki besar, berbunyi seperti kucing.
No comments:
Post a Comment