PERKARA-PERKARA
SUNAT DILAKUKAN PADA HARI JUMAAT
Rasulullah s.a.w. bersabda, Hari Jumaat adalah penghulu
segala hari dan hari yang paling mulia di sisi Allah. Hari Jumaat ini lebih
mulia dari hari raya Aidilfitri dan Aidiladha di sisi Allah. TAK BUAT RUGI Maka
bergembira dan berbahagialah bagi mereka yang bersungguh-sungguh meraih
keuntungan padanya dan amatlah ruginya mereka yang mengabaikannya
Di antara perkara-perkara sunat yang boleh dilakukan pada hari Jumaat ialah:
AMALAN PERTAMA:
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari
Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya
keselamatan.” Selain memotong kuku memakai pakaian yang bersih dan cantik serta
bau-bauan. Disunatkan juga mencukur kepala, memotong kuku, memendekkan misai,
memakai wangi-wangian dan mengenakan pakaian yang sebaik-baiknya.
AMALAN
KEDUA:
Sunat membaca surah Al
Kahfi pada malam Jumaat dan di waktu siangnya. Surah ini panjang oleh itu,
mulakan selepas asar hari khamis dan di sambung sehingga asar hari jumaat.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri yang
bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi
hidupnya antara dua Jumaat.”
AMALAN
KETIGA:
Membaca
Surah Ali-Imran. Sabda Nabi s.a.w. yangb bermaksud: “Sesiapa yang membaca surah
Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendo’akan kebaikan ke
atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.”
AMALAN
KEEMPAT:
Memperbanyakkan
membaca selawat ke atas Nabi s.a.w. pada malam hari dan di waktu siangnya.
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: “Perbanyakkanlah membaca
selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat
untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya
rahmat 10 kali)”.(HR.Al-Baihaqi)
AMALAN
KELIMA:
Membaca
Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa
kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh
Abi Hurairah
AMALAN
KEENAM:
Mandi
Sunat Jumaat. Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi
Khatadah, bermaksud: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya
bersih hingga Jumaat akan datang.”
AMALAN
KETUJUH:
Solat
Jumaat. Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat
berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit
dosa besar.
AMALAN
KELAPAN:
Berdoa
Bersungguh-sungguh. Majoriti ulama’ berpendapat bahawa makbulnya do’a yang
dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah
pertama dan khutbah kedua. Ibnu Qayyim Al-Jauzi mengatakan: Di antara sekian
banyak pendapat ada dua yang paling kuat, sebagaimana ditunjukkan dalam banyak
hadis yang sahih, pertama saat duduknya khatib sampai selesainya solat.
AMALAN
KESEMBILAN:
Banyakkan
Bersedekah. Sedekah pada hari itu lebih utama dibanding sedekah pada hari-hari
lainnya.
AMALAN
KESEPULUH:
Melakukan
sembahyang sunat 4 rakaat sebelum Jumaat dan 4 lagi selepasnya.
AMALAN
KESEBELAS:
Sunat
membaca surah al Fatihah, al Ikhlas, al Falaq dan an Nas setiap satunya
sebanyak 7x selepas memberi salam sembahyang Jumaat. Sabda Rasulullah s.a.w.
“Sesiapa membaca surah Fatihah, al Ikhlas, al Falaq dan an Nas sebanyak 7 kali
sebelum ia mengubah cara duduknya setelah imam selesai memberi salam pada hari
Jumaat, nescaya akan diampuni dosa-dosanya yang telah dilakukan dan yang akan
datang serta diberi ganjaran pahala sebanyak bilangan orang yang beriman kepada
Allah dan RasulNya.”
Indahnya Islam ❤❤