Tuesday, 23 January 2018

Keindahan Bumi Mekah dan Madinah



Image result for gambar mekah

Mekah merupakan lokasi yang tidak pernah lengang kerana menjadi tumpuan Umat Islam di seluruh dunia untuk menunaikan ibadah haji mahupun umrah. Madinah juga akan menjadi kunjungan jemaah haji dah umrah kerana tempat-tempat menarik di kota tersebut.



Solat lima waktu di Masjidil Haram adalah impian semua umat muslim di dunia kerana Allah menjanjikan sejuta pahala jika kita bersolat di sini. Di tengah-tengah Masjidil Haram berdirinya Kaabah yang dipenuhi jemaah haji atau umrah yang melakukan tawaf. Kaabah juga merupakan arah kiblat umat Islam seluruh dunia untuk menunaikan solat. 



Related image

Berdiri megah pintu-pintu besar berwarna keemasan yang mengalu-alukan kedatangan tetamu Allah. Itulah Masjid Nabawi yang merupakan masjid ke dua terbesar di dunia. Di Masjid Nabawi terletaknya Raudhah atau dikenali sebagai Taman Syurga.  Raudah terletak di antara mimbar dan makam Rasulullah.  Ada pendapat mengatakan Raudhah tempat paling mustajab untuk berdoa. Di masjid ini juga terdapat payung gergasi yang melambangkan kemajuan teknologi masyarakat Islam.

Related image

Makam Baqi terletak di kawasan Masjid Nabawi.  Di Baqi inilah para sahabat-sahabat, isteri-isteri, anak-anak dan keluarga Nabi Muhammad SAW dimakamkan.  Jemaah yang wafat di Madinah akan dimakamkan di sini. 

Image result for jabal rahmah

Jabal Rahmah terletak di bahagian timur Padang Arafah di Kota Mekah yang juga dikenali sebagai ‘Bukit Kasih Sayang’ yang diyakini menjadi titik pertemuan antara Nabi Adam AS dan Siti Hawa.

Image result for muzium al-quran madinahImage result for muzium al-quran madinah

Image result for muzium al-quran madinah

Muzium Al- Quran Madinah ataupun Holy Quran Exhibition ini terletak di bahagian selatan Masjid Nabawi di Kota Madinah. Dan di dalam muzium ini terdapat berbagai koleksi Al-Quran dari seluruh dunia.

Image result for i love islam

No comments:

Post a Comment

Keindahan Bumi Mekah dan Madinah Mekah merupakan lokasi yang tidak pernah lengang kerana menjadi tumpuan Umat Islam di seluruh du...