7 TEMPAT WAJIB KITA PERGI DI BALKAN
Selepas perang Komunis dan Sosialis, negara Balkan menyimpan pelbagai Khazanah terhebat di Eropah. Negara Balkan ini bermula dari Albania, Bosnia & Herzegovina, Bulgaria, Croatia, Greece, Macedonia, Montenegro, Romania, Serbia, Slovenia dan Bahagian Eropah Turki. Walaupun menyimpan Khazanah yang hebat, negara-negara ini sering di pandang sebelah mata.
Setiap satu negara ini mempunyai keindahan landskap, senibina dan sejarah yang tersimpan dari penaklukan dan peperangan yang berlaku. Walaupun kita menghabiskan beberapa tahun sekalipun kita tetap tidak dapat melihat kesemua khazanah di balkan ini.
Di sini kami kongsikan antara DESTINASI TERBAIK untuk kita lawati pada bahagian Utara Balkan yang boleh kita lawati dalam masa 10 MALAM SAHAJA.
TASIK PLITVICE


Tasik Plitvice merupakan deretan tasik dimana setiap tasik itu bersambung dengan tasik yang lain melalui berpuluh puluh air terjun. Menariknya lagi kita boleh berjalan kaki hingga ke hadapan air terjun. Tak perlu bot, cuma memerlukan kekuatan kaki, stamina dan bekalan makan yang cukup untuk menikmati kawasan ini. Kawasan ini sudah di iktiraf oleh UNESCO WOLRD HERITAGE. Ini adalah DESTINASI WAJIB bila kita ke Croatia.


Waktu terbaik untuk menikmati keindahan tempat ini, pastinya seawal pagi.


Antara keunikan air terjun bila kita dapat lalu di sebelah sahaja. Jika datang awal, kita boleh duduk di jambatan ini sambil kaki bermain main di gigi air dengan ikan ikan di sini.
DUGI OTOK


Jangan terasa pelik dengan namanya, Dugi Otok, Dugi Otok bermaksud “Long Beach”, ianya merupakan salah satu dari ribuan pulau yang terletak di Croatia. Menariknya di pulau ini terdapat puluhan pantai yang sangat cantik, jernih setanding Maldives yang masih belum terusik. Kita boleh naik bot, cari pantai yang jernih dan bersnorkeling tanpa halangan, cuma perlu bawa sendiri peralatan snorkeling kerana tidak banyak perkhidmatan snorkeling di sediakan

Rajin rajin tanyakan orang tempatan di sana, di Dugi Otok ini banyak lokasi rahsia dan pantai kecil yang tidak terusik lagi dari kedatangan pelancong
MOSTAR

Di bandar Mostar ini terletaknya salah satu jambatan tercantik di dunia di atas sungai Neretva. Ramai yang tidak tahu bahawa jambatan ini merupakan hasil dari senibina Islam pada zaman Khalifah Sulaiman The Magnificent ketika Bosnia masih lagi di bawah pengaruh Empayar Turki Uthmaniyah. Jambatan setinggi 66 kaki ini juga sering menjadi pilihan untuk orang terjun, bukan untuk bunuh diri, tetapi untuk pertandingan. Setiap tahun ada pertandingan Terjun Bebas dari jambatan ini.

Siap pada tahun 1618, jangan lupa apabila di sana, kita melawat Masjid tercantik di Bosnia Herzegovina.Ada rezeki, kita alami pengalaman solat berjemaah bersama muslim tempatan di masjid Karagöz Bey ini.
VRELO BUNE

Tidak jauh dari bandar Mostar terletaknya antara Vrelo Bune, antara mata air tercantik di Eropah. Mata air ini keluar dari gua membekalkan air yang sangat jernih dan sejuk kepada sungai Bune. Wajib untuk kita singgah di sini dan nikmati pemandangan cantik ini dengan secawan kopi panas dan sandwich salmon.

Yang datang agak lewat petang, boleh “dinner” di restoran sebelah mata air ini. Pastinya lokasi romantik untuk yang datang berpasangan.
LAKE BLED

Istana di tengah tasik berlatarbelakangkan gunung dan kabus yang misteri. Tak ubah seperti di dalam cerita dongeng rakyat Snow white dan Cinderella. Inilah keindahan Tasik Bled yang terletak di Slovenia membawa kita ke dalam alam fantasi dengan kindahan landskap di sini. Oh ya gereja di istana ini masih berfungsi bagi majlis perkahwinan mereka yang beragama kristian.Menjadi tradisi jika nak kahwin di sini, pengantin lelaki perlu mendokong pengantin perempuan menaiki 99 anak tangga agar perkahwinan mereka bahagia, katanya. Yang muslim jangan terpengaruh pula ya
Pemandangan di Lake Bled pada musim sejuk, sangat mistikal seperti di alam fantasi


LJUBLJANA

Bandar Ljubljana (cuba sebut), adalah ibu kota Slovenia dengan jumlah penduduk cuma 2 juta orang. Kos public transport di sini untuk seminggu tidak sampai RM5. Betul tak sampai RM5 sebab pengangkutan utama di sini adalah basikal. Kos sewaan basikal pula cuma RM5 untuk seminggu. Bandar ini pula sangat basikal friendly, laluan lapang dan tenang kita nak berbasikal tak macam di Kuala lumpur kan

BUDAPEST


Budapest bukan lah sebahagian dari negara Balkan, tetapi Budapest adalah destinasi yang baik untuk memulakan pengembaraan di bahagian utara Balkan. Di Bandar ini terletaknya bangunan parlimen ketiga terbesar di dunia dan rangkaian keretaapi bawah tanah tertua di dunia. Dengan pelbagai pilihan penerbangan dan kos penerbangan kurang dari RM3000-3500 sahaja dari Kuala Lumpur ke Budapest, Budapest memberikan akses terdekat ke lokasi lokasi menarik di Balkan
Kalau anda pencinta alam, bukan kaki shopping, suka travel , nak rasa pengalaman berenang di Croatia, suka seni bina lama dan sejarah islam di Bosnia & Budapest, rasa nak balik ke alam fantasi di Istana di Slovenia, menikmati keindahan air terjun di Croatia
No comments:
Post a Comment