Masjid-Masjid Bersejarah Di Madinah
1. Masjid Quba
Hari Isnin, 8 Rabiul Awwal 622M Rasulullah SAW tiba di
perkampungan Quba dalam perjalanan hijrah dari Makkah. Baginda tinggal di
kampung ini selama 4 hari bersama Bani Amru bin Auf di umah Kalthum bin al-Hadm.
Pada hari pertama itulah Rasulullah SAW terus membina masjid Quba. Rasulullah
SAW sendiri turut serta dalam pembinaan ini dengan mengangkut batu-bata dan
pasir-pasir bersama para sahabatnya. Setelah siap, Rasulullah SAW mengimami
sendiri solat berjemaah secara terbuka bersama para sahabat di Masjid Quba
berkiblatkan Masjid al-Aqsa pada waktu itu.
Masjid ini adalah masjid pertama yang dibina berasaskan taqwa
dan iman. Allah SWT berfirman dalam surah at-Taubah ayat 108 :
لاَ تَقُمْ فِيهِ أَبَدًا لَّمَسْجِدٌ أُسِّسَ عَلَى التَّقْوَى
مِنْ أَوَّلِ يَوْمٍ أَحَقُّ أَن تَقُومَ فِيهِ فِيهِ رِجَالٌ يُحِبُّونَ أَن
يَتَطَهَّرُواْ وَاللّهُ يُحِبُّ الْمُطَّهِّرِين
Maksudnya : Jangan engkau sembahyang di masjid itu
selama-lamanya, kerana sesungguhnya masjid (Quba’ yang engkau bina wahai
Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar takwa dari mula (wujudnya), sudah
sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang
lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya dan Allah
mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin).
Rasulullah SAW selalu datang ke Masjid Quba’ ini pada setiap
hari Sabtu sama ada menaiki unta atau berjalan kaki. Kadang-kadang Rasulullah
SAW datang pada hari isnin dan khamis. Rasulullah SAW bersabda :
“Sesiapa yang berwudhu’ di rumahnya kemudian pergi ke Masjid
Quba’ untuk solat, akan diberi ganjaran pahala seperti pahala menunaikan umrah”.
(HR Ibnu Majah)
Selepas wafatna Rasulullah SAW, para sahabat sentiasa
menziarahi Masjid Quba’ dan bersolat di sana. Zaid bin Aslam berkata : “Segala
puji bagi Allah yang telah mendekatkan kita dengan masjid Quba’. Sekiranya ia
berada jauh di hujung dunia, nescaya kami akan bermusafir kepadanya”.

Front view of Masjid Quba – Photo: B.Munier
2. Masjid al-Jumuah
Masjid ini terletak di tengah kebun tamar di wadi (lembah) Ranauna di perkampungan Bani Salim bin 'Auf. Jaraknya kira-kira 0.5 km dari utara Masjid Quba' dan 2.5 km dari bandar Madinah. Setelah 4 hari berada di Quba', Rasulullah SAW keluar pada hari Jumaat menuju ke bandar Madinah. Ketika tiba di Wadi Ranauna iaitu berhampiran perkampungan Bani Salim bin 'Auf, waktu solat jmaat telah masuk. Baginda pun menunaikan solat Jumaat di tengah-tengah Wadi itu. Itulah solat Jumaat pertama yang didirikan oleh Rasulullah SAW selepas hijrah secara terang. Walaupun fardu Jumaat telah diwajibkan di Makkah tetapi oleh kerana tidak ada kekuasaan dan kekuatan maka ia tidak dapat dilaksanakan. Sebuah masjid kemudiannya dibina di tempat tersebut dan dinamakan Masjid al-Jumuah bersempena dengan peristiwa tersebut.

3. Masjid Qiblatain
Terletak di tengah-tengah perkampungan Bani Salamah, iaitu di sebelah barat daya Madinah. Ia dikelilingi oleh kebun-kebun. Manakala Wadi al-Aqiq pula terhampar di sebelahnya. Sewaktu Rasulullah SAW tiba di Madinah, Baginda diarahkan supaya menghadap ke arah Baitul Maqdis (kiblat solat) dan ramai di antara penduduk Madinah waktu itu daripada kalangan Yahudi dan memang kiblat mereka ialah Baitul Maqdis. Yahudi gembira dengan tindakan Rasulullah SAW ini, sedangkan baginda lebih menyukai kiblat solat ditukar ke arah Baitullah. Rasulullah SAW pun berdoa dan memandang ke langit mengharapkan turunnya wahyu mengizinkannya dan para sahabat berpaling ke Baitullah. Lalu turun surah al-Baqarah ayat 144 :
Maksudnya: Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan Kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Al-Kitab (Taurat dan Injil) memang mengetahui, bahawa berpaling ke Masjidil Haram itu adalah benar dari tuhannya; dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan.

4. Masjid Al-Musolla
Al-Musalla bermaksud tempat solat. Rasulullah SAW mengerjakan solat Hari Raya di sekitar kawasan terbuka di al-Manakha dan kemudiannya menjadikan kawasan masjid ini sebagai tempat khas bagi solat Hari Raya. Solat Hari Raya yang pertama dilakukan oleh Rasulullah SAW ialah pada tahun kedua hijrah (624M).
Masjid al-Musalla dikenali juga sebagai Masjid Al-Ghamamah. Terletak di sebelah selatan Madinah, iaitu berhadapan dengan Pasar Tamar sekarang. Bewarna kelabu dan berkubah putih. Pernah dijadikan tempat melaksanakan hukuman qisas. Abu Hurairah pula berkata: "setiap kali Rasulullah SAW melalui al-musalla, Baginda akan menghadap ke arah kiblat dan berdoa."
Dinamakan al-Ghamamah (awan) kerana setiap kali Rasulullah SAW bersolat di kawasan tersebut, awan akan sentiasa menaungi Baginda daripada panas terik cahaya matahari.
5.Masjid As-Syajarah
Al-syajarah bermaksud pokok. Sementara pokok yang menjadi sebab penamaan masjid ini ialah pokok 'samurah' atau Acacia di kawasan Zulhulaifah. Sebuah masjid yang dipercayai dibina di atas tapak tertanamnya sebatang pohon lama yang hidup pada zaman Nabi Muhammad SAW. Masjid ini terletak berhadapan dengan Masjid Jin.
Terdapat satu pohon di mana Nabi Muhammad memanggilnya lalu pohon tersebut berjalan mendekati Nabi Muhammad. Diriwayatkan oleh Ibnu Zubalah bahawa Rasulullah SAW selalu duduk di bawah pokok ini apabila Baginda singgah di situ ketika dalam perjalanan ke Mekah untuk menunaikan haji dan umrah. Abu Hurairah r.a. pula meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersolat berdekatan dengan tiang di tengah Masjid al-Syajarah.
Sekarang dikenali dengan nama Masjid Miqat Zulhulaifah atau Bir Ali. Dikenali juga sebagai Masjid al-Muhrim, iaitu tempat berniat ihram haji atau umrah bagi penduduk Madinah atau mereka yang datang dari Madinah.

6. Masjid Al-Sajadah
Masjid al-Sajadah masyhur dengan nama Masjid Abi Zar. Terletak di Jalan Lapangan Terbang dan Jalan Abi Zar iaitu dari belakang Masjid Nabawi menuju ke Bukit Uhud. Abdul Rahman bin Auf meriwayatkan:
"Pada suatu hari beliau melihat Rasulullah SAW masuk ke dalam taman dan melakukan solat, kemudian Rasulullah SAW sujud begitu lama di dalam solatnya itu. Setelah itu aku merasakan Allah telah mengambil nyawa rasul-Nya. Aku berasa dukacita lantas aku menangis. Setelah Rasulullah SAW mengangkat kepala-Nya Baginda memanggilku dan bertanya: "Kenapa kamu menangis? Apa yang mendukacitakan kamu?" Aku menjawab: "Wahai Rasulullah engkau telah sujud begitu lama, aku menyangka Allah telah mencabut rohmu, lalu aku berasa dukacita kerana tidak dapat bersamamu lagi."
Rasulullah SAW memberitahu sujudnya itu sebagai tanda syukur kepada Allah dan dalam sujudnya Jibrail a.s. telah datang membawa berita gembira bahawa sesiapa yang berselawat ke atas Baginda, Allah SWT akan membalasnya dengan sepuluh kebajikan.
7-Masjid Al-Ijabah
Nama asal adalah Masjid Bani Muawiyali al-Ausi kerana mereka adalah orang yang pertama membinanya. Masjid al-Ijabah bermaksud 'perkenan' kerana menurut Imam Muslim bahawa Rasulullah SAW melalui masjid ini, lalu singgah bersolat dua rakaat bersama para jemaah di masjid itu. Selepas itu Baginda SAW berdoa panjang kemudian berpaling dan bersabda kepada para sahabat:
"Aku telah memohon kepada Tuhan 3 perkara, Allah SWT telah menerima 2 daripadanya dan menolak yang ke-3 :
Pertama: Aku meminta agar umat ini tidak dibinasakan keseluruhannya dengan kemarau, Allah telah memperkenankan permintaanku itu.
Kedua: Aku meminta agar umat ini tidak dibinasakan keseluruhannya dengan banjir (seperti umat Nuh a.s.), Allah telah memperkenankannya.
Ketiga: Aku meminta agar umatku tidak bermusuh sesama mereka, tapi permintaan terakhir ini tidak diterima.
Masjid ini terletak di Jalan Sittin dengan binaan baru yang dibuat pada tahun 1997, berdekatan dengan Hospital Dharabatus Shams.
8- Masjid Al-Sabqa
Tapak masjid ini terletak di medan latihan lumba kuda para sahabat di zaman Rasulullah SAW. Nama masjid ini diambil bersempena dengan kegunaan tempat tersebut. Dibina pada abad ke-9H oleh Qadhi Muhyiddin al-Hambali. Lokasi sekarang ialah di permulaan terowong dari Jalan Abu Bakar Al-Siddiq, Madinah.

قَدْ نَرَىٰ تَقَلُّبَ وَجْهِكَ فِي السَّمَاءِ ۖ فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبْلَةً تَرْضَاهَا ۚ فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ ۚ وَحَيْثُ مَا كُنْتُمْ فَوَلُّوا وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ ۗ وَإِنَّ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ لَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ الْحَقُّ مِنْ رَبِّهِمْ ۗ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا يَعْمَلُونَ

No comments:
Post a Comment